Tuesday, April 04, 2006

dari http://atenah.blogspot.com/2006/04/cerita-utk-afandi.html

webblog student PhD di USA

cerita utk Afandi

(prof yg saya assist tu cancel 3 classes in a row, yahoooo!!)

Afandi, seorg blogger email saya bertanyakan ttg buat phd di US. Saya sebenarnya malas nak citer pasal buat phd ni, sebab:

1. nanti dikatakan nak tunjuk pandai
2. blog ni kan pure escapism
3. malas nak cakap pasal akademik, enough la melaluinya seharian

tapi saya pk pulak elok la share setakat mana yg saya tahu, so those yg tak minat dgn topik ni tak pe lah, come esok kut2 ada isu yg bernas (ye lah tu)

buat phd kat US ni lain dari buat kat UK or Msia. kat UK or Msia, lepas register jer terus buat research, buat literature review (baca, baca dan terus baca, buku not blogs ok), then start lab work and writing. kat US ni kena ambik kelas dulu, berapa lama? lebih kurang 2 tahun gitu. cannot say exactly berapa tahun, berapa kelas kerana bergantung kepada individu lah kan. cam saya ni dua tahun saya ambik kelas kerana saya punya phd lain bidang dari saya punya masters, so saya kena ambik lebih kelas berbanding org lain. ikut kerajinan la jugak, my friend sorang ni selagi ada kelas yg dioffer semua dia nak ambik, kerana dia semangat nak belajar. kawan korea saya yg habis buat phd dalam masa 3 tahun saja, dia budget betul2, dia ambik kelas yg wajib2 jer, sebab lagi cepat habis lagi jimat duit nak bayar tuition fees dan lagi cepat boleh keje dapat gaji.

saya punya nasihat bab ambik kelas ni kena betul2 plan ahead. kalau boleh buat jadual individu utk ambik kelas ni sebab ada kelas yg kita kena ambik in succession, eg kelas Stats 1 sebelum kelas Stats 2. dan most classes are only offered once a year, kalau kita terlepas pandang jenuh pulak nak tunggu tahun depan baru boleh ambik kelas tu.

kalau dapat advisor yg baik dan rajin, dlm meeting dia akan bagi tunjuk ajar, apa kelas yg patut ambik etc. macam saya ni penasihat saya ni jenis berat mulut so pandai2 lah rajin bertanya dhn students yg lebih senior. ada some depts tu depa wajibkan kiat outline kita punya 3 yr study paln, which is very helpful, dah kiat buat outline, kita bawa bagi penasihat tengok dan penasihat akan bagi input dan kena dapatkan approval dia. dept saya tak macam tu, penasihat saya ni bab2 keje menasihat dia nak short cut jer supaya dia ada masa utk research dia sendiri

dah tu ambik lah kelas. saya punya nasihat semester atau quarter pertama tu jgn lah ambitious sangat kan, lagi pun kita pun nak kena menyesuaikan diri dgn tempat baru. nak buat phd ni bukannya macam the amazing race, ada org yg sememangnya naturally fast dan ada org yg pace nya slow. kalau kita dapat our own rhytmn stick to it lah. saya dulu masa ambik kelas sampai 2 kali (kut) kena anxiety attack, sebab keje lagi plus penasihat yg kurang menasihati and menyupporti.

bak saya kata kat afandi lah kan, buat phd ni macam lari marathon dan bukan lari 100m dash. pengalaman saya, dah letih rasa tak terpergi, kena get up and keep on taking one step after the other. silap saya, saya terlalu tensi. the best thing is to give yr self good daily rest and kalau boleh weekend tu time utk kita reenergize.

kalau teruk2 sangat, minta saja *incomplete* dgn prof kelas tu. incomplete tu maana nya kita tak siap paper or projek utk sem or quarter tu dan kita minta tempoh satu sem or quarter utk siapkan. saya dulu bodoh gak, nak tunjuk terror, kononnya biar siap suma, tak nak hutang2 papaer ni. maka terkocoh2 buat paper dlm keadaan badan yg letih maka dapat lah saya dua B utk classes saya.

oh ya, tahap phd ni classes kalau boleh suma kena maintain A. kat uni saya ni, bagi some profs, kalau dapat B tu kira dia pandang macam pariah saja. C tidak boleh langsung, kalau dapat C tu kira gagal lah tu. tak tau lah pulak kat uni2 yg lain kan

then after dah siap ambik kelas2 yg diwajibkan, kena ambik comprehensive exam. comprehensive exam ni lain uni, lain style. even kat my uni ni pun, lain dept lain style. ada dept yg kena ambik written exam, ada yg kena oral exam, ada yg kena both dan ada yg tak buat comprehensive exam (ni yg best sekali ni). instead depa buat competencies, eg depa ada senarai competencies, eg kena write satu grant proposal, kena buat satu pilot study, kena write satu publishable article, kena buat presentation, kena sit on professional committee etc etc etc bergantung lah dgn dept tu kan.

eh panjang dah sat gi sambung lagi…permisi

Advertisement